Welcome to Bob the Builder @ Bulldozer

Honored To Become A Fairly King To A Lovely Queen And 2 Charming Prince In My Peaceful Country

Tok Misai Kena Serang

Posted by bob in Blog, Psssr | May 31st, 2009

Salam Sejahtera,

Tok Misai adalah kenalan PakBob sejak tahun 2000 sewaktu bekerja di Sony, beliau sekarang bekerja sebagai seorang Pengawal Keselamatan. Pada 30 Mei 2009, PakBob mendapat berita tempat kerja beliau telah dirompak oleh perompak bersenjatakan parang seramai 14 orang.
Aduh apala nasib kawan aku sorang nih… dalam hati tak boleh bayang apa terjadi pada Tok Misai nih… cedera parah ke? patah kaki ke? dok icu ke? Malam tadi PakBob pergi melawat beliau dirumah. Sampai kat Umah beliau, PakBob tengok dia ok jer..siap buat kenduri doa selamat lagi. Pastu sambil2 makan beliau cerita camana kejadian tu berlaku.
Alhamdulillah cuma cedera ringan jer…luka takder tapi sakit urat sikit2 sebab kena sepak terajang ngan para perompak durjana tersebut. Duit dan kereta habis kena kebas.


Dari Kiri : Zaidy, Tok Misai, Pak Bob dan Anuar


Justice For Us

Posted by bob in Blog, Putralrt | May 12th, 2009

Salamz,
Ni aper kes? ada orang kerja 10 tahun tak pernah naik pangkat….Ada pulak dah kerja 11 tahun baru sekali naik pangkat….itu pun naik pangkat sahaja..tapi gaji tak naik..

Ada pulak dalam masa 2 tahun naik pangkat sampai 5 kali, gila babas..5 kali tu beb….maknanya dari level non exec terus jadi executive dalam masa 2 tahun ….kenaikan gaji pulak..ehem..rasanya dari rm2k sebulan skang dah jadi rm3.8k … gilos… kenaikan gaji rm1800.00 dalam masa dua tahun…rezeki dia lah tu..

Kenapa hanya orang yang sama yang naik pangkat dan kebanyakannya level2 executive..apa kulikutif-kulikutif yang hina dina ini tak payah naik pangkat ke? ahh… paling bangang pun naikkan gaji ke…bagi bonus ke..

Bukan salah executive yang dapat kenaikan itu, suka ati nkolah nak naikkan 40 kali setahun ke.. 85923 ratus kali setahun ke … tapi kpd boss2 yang kat atas tu, pandang2 lah sikit kami orang2 kat bawah ni. Walaupun uniform kami kotor berdebu, bau kami bacin macam ikan masin kami pun manusia biasa punya hati dan perasaang. Wasalam.


Kehidupan di Workshop

Posted by bob in Blog, Putralrt | April 14th, 2009

Salam Sejahtera,
Dulu selepas Pakbob resign dari kilang Sony kat Bangi pastu masuk kerja kat PutraLRT, ramai kengkawan yang bertanya situasi kerja di tempat baru. Mereka yg di sekeliling (kat umah) melihat Pakbob macam suffer jer kerja siang dan malam kadang2 tu smp 2-3 hari tak balik umah. Tapi sebenarnya gua happy beb. Mama dah beberapa kali suruh Pakbob tukar kerja kat area serdang. Bukan taknak tapi belum jumpa kerja yang sesuai kat serdang tuh..nak kerja kilang, Pakbob tak berkenan sangat. Ada beberapa ketika Pakbob pernah bercerita kat mama mengenai kelebihan bekerja kat PutraLRT dgn kerja kat bukan PutraLRT yang membuatkan Pakbob susah nak tinggalkan PutraLRT hehehe.
Tanggungjawab dan tugas kitorang berat sebenarnya, tapi apa yang penting kitorang pastikan takder train yang problem dan cukup untuk servis, kalau ada yang rosak, baru la repair pastu kalau major problem kita handover kat specialist. Balik umah dah tak payah pikir dah pasal keje. Lagipun bigboss bukan layan sgt kitorang ni, apa2 masalah dia deal ngan Supervisor. Kengkawan kt sini ramai dan macam2 perangai, tak bosan la, walaupun gaji tak naik dan bonus tak ada tapi semua happy jer. Kalau ada tekanan pun tolak tepi. Overtime pun banyak. Kalau kat tempat lain org berebut nak cuti. Kat sini lain plak, kitorang berebut2 nak OT, lebih2 lagi time off day ke, rest day ataupong public holiday. Sebenarnya banyak lagi kelebihannya tetapi atas sebab2 PnC, Pakbob senaraikan mana yang patut jer lah. Sekian Terima Kasut


Bob the Builder @ Bulldozer is powered by Belajar SEO | Jawatan Kosong | Jobs in Malaysia . Kerja