Welcome to Bob the Builder @ Bulldozer

Honored To Become A Fairly King To A Lovely Queen And 2 Charming Prince In My Peaceful Country

Tok Misai Kena Serang

Posted by bob in Blog, Psssr | May 31st, 2009

Salam Sejahtera,

Tok Misai adalah kenalan PakBob sejak tahun 2000 sewaktu bekerja di Sony, beliau sekarang bekerja sebagai seorang Pengawal Keselamatan. Pada 30 Mei 2009, PakBob mendapat berita tempat kerja beliau telah dirompak oleh perompak bersenjatakan parang seramai 14 orang.
Aduh apala nasib kawan aku sorang nih… dalam hati tak boleh bayang apa terjadi pada Tok Misai nih… cedera parah ke? patah kaki ke? dok icu ke? Malam tadi PakBob pergi melawat beliau dirumah. Sampai kat Umah beliau, PakBob tengok dia ok jer..siap buat kenduri doa selamat lagi. Pastu sambil2 makan beliau cerita camana kejadian tu berlaku.
Alhamdulillah cuma cedera ringan jer…luka takder tapi sakit urat sikit2 sebab kena sepak terajang ngan para perompak durjana tersebut. Duit dan kereta habis kena kebas.


Dari Kiri : Zaidy, Tok Misai, Pak Bob dan Anuar


Tag 5

Posted by bob in Blog, Psssr, Putralrt | March 12th, 2009

Salam,
PakBob kena tag lagi..kali ini kena jawab 5 soalan, setiap soalan kena bagi 5 jawapan, jom kita tengok.

1. What were you doing 5 years ago?
Kalau 5 Tahun yang lalu? Bermakna tarikhnya jatuh pada 11 mac 2004.
a. Masa tu PakBob kat Kelana Jaya tengah berdebar-debar menanti hari untuk diijabkabulkan ngan Mama. Lagi 2 hari nak akad nikah, tak boleh tidur malam beb.
b. Jual moto TZM, beli keta. Mama tak bagi PakBob pegi kerja naik moto sbb asik demam jer kena hujan.
c. Pergi jalan2 honeymoon kat Melaka Afamosa Resort, Umbai, Zoo Air Keroh, tgk kete lembu. Masa tu Capt. Pait baru je dapat jadi askar so pegi antar beliau ke KEMENTAH utk di tauliahkan sbg Kapten. Pastu pegi antar beliau ke Ulu Tiram plak, hujung tahun pulak, kitorang pegi bercuti kat Batu feringghi join sekali ngan bebudak Sony. Nasib baik la kitorang pergi seminggu sebelum kejadian Tsunami melanda.
d. Pakbob ngan Aiman (Anak sedara Mama) memang kamcing giller masa tu. Makan sesama, tido sesama. Masa tu umur dia 3 thn, skang dah 8 thn, sekolah darjah 2 dah.
e. Asyik bergaduh je ngan mama sebab masa hujung tahun tu mama tgh peknen (Adam Hakimi).

2.What were the 5 things on your to do list today
a. Sampai je kat Depot kol 6.45 pg, nampak Manager kat Workstation, dia kata ada train baru (4 Gerabak) dekat belakang sana. So tugas aku kena gi belek2 la train baru tu. Kemaskan Pit M1 east (5s) – Panggil cleaner suh cuci lantai kat dalam sana.
b. Kena troubleshoot train 29 dan train 34. Semalam kitorang dah buat dah train2 tu tp tak sempat siap so handover kat budak shift petang. Hari ni dapat balik train yang sama dengan problem yang sama.
c. Jumpa Kak Rozi sbb nak hantar borang Medical Claim sambil2 tu boleh rembat kerepek ngan asam yang ada kat meja beliau.
d. Jumpa Ejen Public Mutual.
e. Nak request satu lagi almari baju utuk letak uniform keja.

3. What were the 5 snacks that you enjoy
a. Cekodok – Setiap petang mesti ada staff beli cekodok letak kat Tango-Tango (Tempat makan).
b. Karipap Sardin – Beli kat sebelah padang FAS.
c. Buah2an Mak Nani – Tea lady kat opis sana akan datang ke workshop utk menjual buah jambu, betik, ciku, tembikai dan sengkuang.
d. Kacang parang – kekadang bebudak ni datang kerja lambat so diorang mesti belanja pelbagai jenis kacang termasuk Kacang parang dan air pepsi. Belanja tutup mulut.
e. Nasi lemak – Beli kat “Makcik Berdarah” kat tepi pasar pagi. Nama makcik ni kitorang tak tau, satu pagi tu masa kitorang nak pg beli kuih kat makcik tu, tiba2 nampak makcik tu berdarah2 kat muka dan badannya, rupa2 nya beliau baru kena ragut. Selepas itu beliau dikenali sbg makcik berdarah dikalangan bebudak workshop ni.

4. What are the 5 things that you do if you are a billionaire
a. Selesaikan hutang piutang diri sendiri dan family tercinta. Pastu semua pakat pegi Haji
b. Tolong orang susah.
c. Bina masjid, surau, kelas tahfiz dan fardhu ain (saham akhirat).
d. Nak buat highway dari Serdang ke Karak – Senang nak balik kampung di musim perayaan. Kalau nak balik Bagan datoh dah banyak alternatif, lagipun mama kata nak beli helikopter.
e. Selebihnya invest kat public mutual.

5. Who are the 5 person you wanna tag Yang ni PakBob susah nak jawab, member2 blog pun ramai yang dah bersara kot. Tak payah la tag kat sape2 ye.. kang jadi macam surat berantai plak..Kat sini PakBob senaraikan 5 rukun islam untuk renungan kawan2 semua.
a. Mengucap dua kalimah syahadah
b. Sembahyang
c. Puasa
d. Zakat
e. Haji

Sekian Terima Kasih.


2008 in Review

Posted by bob in Psssr | January 22nd, 2009

2008 has gone by unbelievably fast. Tak sempat Pakbob nak mencapai azam tahun 2008 walaupun sebenarnya Pakbob dah lupe apa azam tuh. Apa2 pun, Pakbob bersyukur dgn segala nikmat yang Tuhan berikan, kehidupan yang selesa, family yang bahagia, kawan2 yang baik hati, bapa mertua yang hensem dan sebagainya, bestnya dunia ini. I’d like to thank everyone in my life.

And now for some of my favorite pics from this year:

Dan yang Paling best sekali ialah gambar nih :

kek


Bob the Builder @ Bulldozer is powered by Belajar SEO | Jawatan Kosong | Jobs in Malaysia . Kerja