Welcome to Bob the Builder @ Bulldozer

Honored To Become A Fairly King To A Lovely Queen And 2 Charming Prince In My Peaceful Country

Eksiden La Pulak

Posted by bob in Blog, Putralrt | July 12th, 2009

11 julai 2009, 2015 hrs, PakBob dalam perjalanan pulang dari tempat kerja nak balik umah, lalu kat tepi South City Plaza jalan kat situ agak sesak, 2 row sebelah kanan ada trafik light untuk pergi ke Serdang Raya, PakBob maintain kat row paling kiri yang takde trafik light sebab nak terus ke Seri Kembangan.
Tetiba kereta kat depan berhenti secara mengejut, alamak!! PakBob terus tekan brek, tapi kete terus drag..dan bantai kereta tiara kat depan, aisey dangdut.. Tiara plak bantai Wira kat depan dia, pastu ada wira bantai belakang keter PakBob, fikir dalam hati selamat aku tak kena saman. Tapi tetiba wira yang bantai belakang tu blah tak sempat nak baca no flat..jin parit punya driver..tak pasal2 Pakbob kena kompaun.
Suspend jugak, dah la eksiden kat kawasan cina, langgar keter cina plak tu, Keter tiara tu penuh orang semua lelaki siap ada tatoo kat lengan, keter wira tu ada dua orang, pastu datang pulak avanza benti kat depan sekali..aisey dangdut semua sekali 10 orang, ni kalau kena hentak, sebulan ICU nih. Nak lari tak larat.
PakBob keluar sambil senyum, driver wira tuh tanya PakBob ,” Abang tak sempat brek ke?” PakBob jawab dan tanya dia balik, ” Mana la aku sempat brek ko tetiba berenti, ni jalan lurus mana ada trafik light apsal nak berenti?”. Dia kata ada keter potong que kat depan dia terpaksa la emergency brek. Ooo patut la..malas la nak panjang cerita sebab macammana pun org belakang sekali yg akan dipersalahkan.
Semua gi balai polis nak buat report utk claim insuran, Call mama suh datang bawak keter kancil takut keter Pakbob tak boleh jalan sebab nampak ada gas keluar kat depan tu, gas aircond ler tu kot. Pastu mama datang ngan abang dia. 2115 hrs dah settle salam2 semua mangsa kemalangan dan bertukar2 no hp, bawak mama balik naik Keter PakBob.
Keter bole jalan lagi tp aircond dah kong, lampu besar sebelah kanan masuk ke dalam, bumper dpn jatuh sikit, bumper belakang calar sikit, kat bhg enjin tak tau lagi sbb but depan tak bole bukak. Sedih tgk keter..hari senen nak gi antar wshop…kurang2 seminggu keter PakBob tido kat sana, patah kaki la pulak tadak transport..hopefully wshop tu bagi pinjam keter..


Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

Bob the Builder @ Bulldozer is powered by Belajar SEO | Jawatan Kosong | Jobs in Malaysia . Kerja