Salam Sejahtera,
Tok Misai adalah kenalan PakBob sejak tahun 2000 sewaktu bekerja di Sony, beliau sekarang bekerja sebagai seorang Pengawal Keselamatan. Pada 30 Mei 2009, PakBob mendapat berita tempat kerja beliau telah dirompak oleh perompak bersenjatakan parang seramai 14 orang.
Aduh apala nasib kawan aku sorang nih… dalam hati tak boleh bayang apa terjadi pada Tok Misai nih… cedera parah ke? patah kaki ke? dok icu ke? Malam tadi PakBob pergi melawat beliau dirumah. Sampai kat Umah beliau, PakBob tengok dia ok jer..siap buat kenduri doa selamat lagi. Pastu sambil2 makan beliau cerita camana kejadian tu berlaku.
Alhamdulillah cuma cedera ringan jer…luka takder tapi sakit urat sikit2 sebab kena sepak terajang ngan para perompak durjana tersebut. Duit dan kereta habis kena kebas.
