Salam Sejahtera,
Tok Misai adalah kenalan PakBob sejak tahun 2000 sewaktu bekerja di Sony, beliau sekarang bekerja sebagai seorang Pengawal Keselamatan. Pada 30 Mei 2009, PakBob mendapat berita tempat kerja beliau telah dirompak oleh perompak bersenjatakan parang seramai 14 orang.
Aduh apala nasib kawan aku sorang nih… dalam hati tak boleh bayang apa terjadi pada Tok Misai nih… cedera parah ke? patah kaki ke? dok icu ke? Malam tadi PakBob pergi melawat beliau dirumah. Sampai kat Umah beliau, PakBob tengok dia ok jer..siap buat kenduri doa selamat lagi. Pastu sambil2 makan beliau cerita camana kejadian tu berlaku.
Alhamdulillah cuma cedera ringan jer…luka takder tapi sakit urat sikit2 sebab kena sepak terajang ngan para perompak durjana tersebut. Duit dan kereta habis kena kebas.

Dari Kiri : Zaidy, Tok Misai, Pak Bob dan Anuar
No Comments »
Salamz,
Ni aper kes? ada orang kerja 10 tahun tak pernah naik pangkat….Ada pulak dah kerja 11 tahun baru sekali naik pangkat….itu pun naik pangkat sahaja..tapi gaji tak naik..
Ada pulak dalam masa 2 tahun naik pangkat sampai 5 kali, gila babas..5 kali tu beb….maknanya dari level non exec terus jadi executive dalam masa 2 tahun ….kenaikan gaji pulak..ehem..rasanya dari rm2k sebulan skang dah jadi rm3.8k … gilos… kenaikan gaji rm1800.00 dalam masa dua tahun…rezeki dia lah tu..
Kenapa hanya orang yang sama yang naik pangkat dan kebanyakannya level2 executive..apa kulikutif-kulikutif yang hina dina ini tak payah naik pangkat ke? ahh… paling bangang pun naikkan gaji ke…bagi bonus ke..
Bukan salah executive yang dapat kenaikan itu, suka ati nkolah nak naikkan 40 kali setahun ke.. 85923 ratus kali setahun ke … tapi kpd boss2 yang kat atas tu, pandang2 lah sikit kami orang2 kat bawah ni. Walaupun uniform kami kotor berdebu, bau kami bacin macam ikan masin kami pun manusia biasa punya hati dan perasaang. Wasalam.


Read Users' Comments »