Ni la antara contoh abang mithali. Kalau dah besar nanti adik tak kenang jasa, tak tau la nak kata apa hihihihi
Setakat ni hakimi masih melayan adiknya dengan ‘baik’..antara ayat peberet dia – adik nyangan nanes, nak babap, ngada-ngada, nak tutu (susu)..
Hakimi sangat kreatif. Kadang tu kita x boleh nak jangka apa yang dia nak buat. Contohnya gambar kat bawah ni, dia simpan buku abc dalam peti ais. Tak nak bagi basi kot..:)
Gambar ni diambil masa kitorg gi hantar Kapten Pait kawen kat Kelantan. Pak mertuaku sewa bas dan ini gambar hakimi masa dia nampak ada org mcm muka dia. Gambar goyang2 la sbb dalam bas n kamera pun bukan jenis baik punyaaa…
Sifat hakimi yang boleh dibanggakan – nampak dia penyayang, penyabar, senang dipujuk, pandai jaga adik, suka dimanjakan, kreatif…dia x suka conteng dinding TAPI yang selalu menimbulkan keberangan mama ialah dia conteng cadar, sofa, baju, badan dia..harap-harap besar nnt jadi pembimbing keluarga yang baik le…