Welcome to Bob the Builder @ Bulldozer

Honored To Become A Fairly King To A Lovely Queen And 2 Charming Prince In My Peaceful Country

Kursus Usahawan

Posted by bob in Blog | May 2nd, 2008

Pada 6 hb April 2008, Pakbob mendapat panggilan telefon daripada Persatuan Usahawan Graduan Malaysia (PUGM) dan Pakbob telah ditawarkan kursus Usahawan Ternakan Ikan Sangkar di Tasik Kenyir selama 4 hari dan 3 malam. Penginapan, makan minum, pengangkutan bot disediakan secara percuma. Sehubungan dengan itu, Pakbob mengambil cuti pada 14 hingga 17 April. Kursus ini adalah untuk ahli2 persatuan PUGM sahaja. Oleh kerana kos perjalanan dari KL ke Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir tidak ditanggung oleh Persatuan, maka kami berkongsi kereta dimana sebuah kereta kami kongsi 3 org, so ada 2 buah kereta sahaja, Kami betolak pukul 11 malam.

Kami sampai ke Pengkalan Gawi dlm kol 5 lebih, masa nak masuk simpang tu, kena naik bukit, kira tinggi jugakla..pastu sampai kat puncak bukit tiba2 nampak tasik…aiks?.. ooo tasik ni kat atas bukit, mana Pakbob tau, sbb 1st time sampai kat Tasik Kenyir nih. Kami cari surau utk sembahyang subuh, dah dekat dgn surau kami dgr suara pompuan bersembang dan ketawa..kikikikik..pastu kami masuk dlm surau nampak 2 org pompuan tersengih2, Pakbob bagi salam n mintak permission nak semayang, kami semayang jemaah diimamkan oleh Tok Misai (Peserta paling otai dalam group kami).

gawi-2.JPG gawi-3.JPG gawi-4.JPG gawi.JPG
Permandangan indah di Pangkalan Gawi, Tasik Kenyir.

Hari Pertama
Tepat pukul 7 pagi bot sampai, bawak kitorang pergi ke Kenyir Sanctuary Resort, rupa2nya minah yang 2 org dalam surau tadi tu pun peserta jugak, pastu ada sepasang suami isteri baru kawen parking dekat keter kami pun peserta jugak, untung diorang ni datang honeymoon free jer. Sampai jer kat Resort kami bersarapan pagi dan berkenalan antara peserta2 lain, semuanya ada 30 org..daripada cafe ke bilik bukan lah jauh sangat, cuma 50 meter sahaja, tapi disebabkan kecerunan yang tinggi (Y=mX+c) membuatkan kami tercungap2, dah tu bawak beg besar siap peralatan memancing lagi, kemudian masing2 mandi dan berbaring di atas katil melepaskan penat dan lelah.
Kami diberitahu program akan bermula pukul 9 pagi, alamak tak sempat nak rileks..dah lah tak sempat nak tidur malam tadi. Program bertempat di ballroom kat atas puncak bukit. Oh my God, macam nak tercabut kepala lutut, mendaki bukit. Sewaktu dalam kelas kami tersengguk2 mengantuk.

Penceramah pertama : Encik Roslan Saad, Mentor dari persatuan yang akan membimbing kami cara2 nak bela ikan sangkar ni.

Penceramah kedua : Encik Rosman dari Jabatan Perikanan Terengganu, beliau menceritakan bantuan yg disediakan oleh Jabatan Perikanan.

Pukul 12.30 t.hari kami rehat, makan n tidur kejap kat bilik..sedar2 dah dekat pukul 2 petang..bergegas bangun basuh muka masuk kelas balik.

Penceramah ketiga : Puan Rohana Yusof, Pengurus cawangan Agro Bank Kuala Berang, menerangkan kemudahan2 kewangan.

Pukul 4 ptg kami turun ke cafe utk minum petang.. kemudian kami lepak kat bilik dan sambung tidur lagi.

sanc.JPG sanc2.JPG sanc3.JPG
Kenyir Sanctuary Resort

Hari Kedua

Hari ni semua peserta dibawa ke sangkar ikan untuk membuat latihan praktikal, setelah sarapan pagi kami menaiki bot beramai2 menuju Pulau Sepat, di mana Projek ikan Sangkar di adakan. Di sana mereka menternak ikan patin, talapia dan keli. Terdapat 88 sangkar milik persatuan dan 5 org pekerja.
Di antara aktiviti yang dilakukan ialah:
1. Penggredan anak ikan (Grading) - Anak2 ikan diasingkan dari sangkar mengikut saiz, bayangkan ada lebih 1200 ekor anak ikan dlm satu sangkar.
2. Memindahkan ikan dari satu sangkar ke sangkar yang lain incase kalu sangkar tu koyak atau utk buat penyelenggaraan.
3. Menukar pukat - Ada 2 keadaan samada salin pukat semasa ada ikan dan semasa tiada ikan.
4. Mencuci pukat - kena angkat dulu pukat dari sangkar pastu bersihkan pukat dari lumut dan kekotoran, tembak pakai water jet.
5. Menjahit pukat - Menjahit pukat yang koyak.
6. Feeding - Cara nak bagi dedak kat ikan.
7. Cara nak pegang ikan dan merawat ikan
8. Cara megenalpasti kesihatan ikan dan penyakit2 ikan.

Dari pagi sampai ke petang kami berada di sangkar..abis muka kena sunburn, risau gak balik umah nanti mama dah tak kenal Pakbob.

sangkar.JPG sangkar1.JPG sangkar2.JPG sangkar3.JPG

Hari Ketiga

Hari ni masuk kelas semula, ceramah motivasi dan pembiayaan di bawah Kementerian Belia dan Sukan oleh Encik Khairul Bashar. Serious plak mamat ni bagi ceramah..
Selepas makan tengah hari, kami pergi ke Pulau Como utk melawat Projek ikan sangkar milik Jabatan Perikanan Negeri Terengganu. Di sana terdapat beratus2 sangkar, tapi sayangnya kami tidak dibenarkan melihat lebih dekat atas sebab2 yang tak dapek dielakkan, kemudian kami meneruskan perjalanan menuju ke Air terjun Saok utk mandi manda..wah seronotnya..badan dah panas pastu mandi air terjun..sampai kat sana Pakbob ternampak ulat gonggok besar ibu jari kaki. Malam tu pulak kami buat BBQ, bakar ikan beramai2 kat pulau sepat, mmg sedap betul ikan tasik kenyir nih, pakbob makan sampai 6 ekor. Anggaran berat seekor ikan dalam 400gm ke 900gm.

Hari Keempat
Sepatutnya hari ni ceramah oleh pegawai mara, tetapi pegawai mara tak dapek datang so kami pun dianugerahkan sijil penyertaan menandakan tamatnya perguruan kami selama 4 hari. Pastu kami bersiap2 dan berkemas utk check out. Bestnya nak balik dah.

Kol 12 t.hari kami naik bot balik ke Pengkalan Gawi, bersalam ngan semua peserta n tukar2 no telefon, pastu kami gerak. Kali ini kami balik ikut jalan pantai pulak tengok laut best ckit, tanak dah lalu Jerangau-Jabor. Singgah kat Gong Badak makan nasik kat umah ibubapa Tok Misai. Singgah kat pantai mandi -manda lagi..tanam badan dalam pasir pantai perhh… pastu tiba2 DYMM YDP Agong Sultan Mizan menaiki pesawat udara terbang rendah sambil melambai2 ke arah kami.. hehe bestnya..
Mandi laut seronok sgt sampai terlupa perjalanan masih jauh….

Lepas mandi laut kami mandi di masjid utk membilas badan. Petang tu kami sambung perjalanan balik ke KL.

http://www.myheritage.com/collage

One Response to “Kursus Usahawan”

  1. queen Says:

    bila la abah nak bw kitorg pulak…mesti best, ikan2 tu mesti x rasa tanah mcm yg jual kat pasar borong tu..euwwww

Leave a Reply

Bob the Builder @ Bulldozer is powered by Belajar SEO | Jawatan Kosong | Jobs in Malaysia . Kerja