Kalau diikutkan mcm tak logik je bawa budak umur bawah 3 tahun gi zoo..apa yg dia faham? Tapi ni la aktiviti kitorg last week. Ini antara usaha untuk memulihkan mood makan hakimi yang makin menurun sejak kebelakangan ni..doktor nasihatkan bawa dia keluar dr kawasan rumah, jalan-jalan dan makan..sbb berkemungkinan dia dah bosan dgn suasana rumah dan makan dgn mama je..(pakbob kekadang je dpt mkn sekali ngan family…isk..isk…demi tugas kepada rakyat).
Pada pakbob ok jugak dikenalkan haiwan2 kat zoo pada hakimi ni..asik tgk kat tv pastu buku abc dia..mana best..bila tgk buku dia nampak haiwan ni kecik je..so bila bw secara live, baru la dia tau haiwan2 tu sume besar2..contohnya, hakimi nampak kucing masuk rumah selongkar tong sampah…dia boleh panggil mama pastu tunjuk kat dapur, “mama, cowww ni”..(sebab dalam buku abc dia bentuk cow saling tak tumpah seperti kucing). korang bayangkan kalau betul2 cow masuk umah pastu selongkar tong sampah..ishh penuh umah pakbob..kat belakang umah kitorg ni memang penuh ‘pendatang tanpa izin’ ni..pantang pintu dapur terbuka, mesti depa masuk..
So, pagi tu mama prepare bekal - mini roti john, roti telur, coleslow, susu n air mineral..lepas sarapan dlm kol 9.30 kitorg gerak..jln pun clear la jugak, cuma jamm kat pandan, biasa la kan..sampai dlm kol 10.30, cari parking n beli tiket (Adult 2 org : RM30. Bwh 3 thn free)..kimi nampak bas skolah (GBS!) beratur banyak gile..mula la dia excited org ramai..
Kitorg start dgn jalan tepi kawasan siamang. Kimi x pernah jumpa (surely), so dia siap berlindung belakang abah yg gagah ni masa dia nampak siamang tu bergayut dr 1 tali ke 1 tali..takut agaknya sbb muka binatang tu pun pelik je. Kemudian kitorg gi Children World, kat situ ada kuda padi, mcm hamster (x ingat namanya) tp saiz besar, pastu ada kambing, parrot, rabbit..semua yg jinak2 n tidak mencederakan budak kecik la..diorg blh pegang terus..kimi bagi kambing makan lalang yang disediakan..meleleh2 airliur dia tgk kambing tu makan hahaha..sambil2 tu kitorg suapkan roti kat kimi..member pun makan sbb leka.
Lawatan diteruskan ke kawasan pertunjukan multi animal..org ramai tepuk tangan, kimi bknnya tengok haiwan2 tu buat persembahan, tapi leka tgk org tepuk tgn. Sudahnya pakbob bw kimi turun dr situ n pergi kat mama yg tunggu kat bawah dgn adik..mama malas nak angkat stroller panjat pentas tu. kat belakang mama tunggu ada akuarium besar..pastu tetiba lalu ikan kelisa panjang gile..ada la dlm 3 meter..sisik dia warna mcm emas-kemerahan..cantik gile..x sempat nak ambik gambar..lagi la seronok kimi tgk fish idup mcm tu..
Kemudain terus ke kawasan akuarium. Byk jenis ikan ada kat sini…tp ada reminder kat pintu masuk kata aircond rosak..adehh..di saat pakbob n mama excited tunjuk ikan yg mcm2 jenis n warna tu kat kimi, dia dok sibuk nak tgk kipas besar mcm kat kedai mkn cina tu..alahh budak ni..org nak tgk haiwan, dia sibuk dgn kipas..camtu la jugak kat rumah…suka sgt dengan kipas..keluar dr situ, masing2 dah penat jalan, kitorg patah balik utk naik train..sblm tu beli air, popcorn n aiskrim. untuk 3 barang tu je harga RM10..punya la mahal mknn kat situ..
Naik train kitorg pusing sekitar zoo. Kimi sgt teruja dgn zirafah n gajah. So, lepas dah sampai hentiannya semula, kitorg jln kaki balik ke tempat zirafah n gajah tu. Bising kimi..mama zirafah…abah zirafah..mama elephant..abah elephant..kecoh..Lama jugak kat area tu. Pastu nak patah balik, kitorg nampak kawasan ambil gambar dgn haiwan..Tapi tetiba mama ternampak org pegang ular kat kawasan tu..member muka dah cuak, pucat, meremang bulu roma..ni kalau sergah sure pengsan..dipaksanya kimi jalan cepat2 bila lalu kawasan tu..kalau kat tv pun sanggup toleh muka apatah lagi jumpa depan2 gitu..kebetulan hari dah start hujan gerimis, so kitorg pun rush la ke pintu keluar..kat situ mama beli patung tiger utk kimi..Kitorg kluar lebih kurang 1.50..x sedar selama tu kitorg merayap kat dlm zoo..
So, makan tghari kitorg gi umah Kapten Pait kat wangsa Maju…so, x jauh la kan..ziarah terus la family askar tu..kol 3.30 kitorg gerak balik Serdang..on the way balik, anak2 pak bob semuanya pengsan, letih berjalan..
balik umah kimi tersedar bila diangkat keluar kete n terus masukkan tiger tu dlm buai adik n tidokan tiger tu..adik tido atas katil..cet..