Gong Xi Fa Cai for those who celebrate it. For none, happy holiday. Cuti 4 hari bermula dr khamis lepas hingga ke ahad baru ni kitorg habiskan dengan balik kampung - Pekan, Pahang. Kebetulan pulak kenduri menyambut menantu (yang tertunda sbb banjir bulan 12 ari tu) dan akikah untuk najmi dibuat.
Pagi Khamis mama dah start bangun seawal 6 pagi sibuk2 buat kek 2 tingkat n breakfast. Pakbob sibuk ‘melayan’ anak-anak tido..kruhh kruh…bestnya tido. Dlm kol 11.30 kitorg gerak dgn harapan jalan dah clear sikit sbb org balik hari rabu mlm atau subuh khamis atau dr hari isnin lagi. TETAPI lain yg dijangka lain yang menjadi. Start dari tol Gombak membawa ke tol Temerloh, trafik teruk sgt. sampaikan nak buang air pun terpaksa keluar exit Temerloh, singgah umah Pakde anak2 pakbob. Bukan setakat tol je penuh, tempat jual lemang pun penuh, apatah lagi stesen minyak sampai org parking keluar2 jalan, lagi teruk kat setiap hentian. Pakbob tak pernah la bw family pakbob balik kpg dlm keadaan jammed camni. so, suffer sikit la sbb bawa baby. da la najmi tak sihat, kena cirit-birit dari hari sabtu lepas sampai hari blog ni ditulis (13/2).
Sampai umah family pakbob dlm kol 6 ptg, rehat2, mkn2. Pastu besok tu pepagi dah kena balik kpg utk tolong kerja2 kenduri and akikah najmi. Pakbob gi sorg je. Leceh bawa budak2 tak sihat and letih duduk dlm kete lama2 semalam. Korang nnt ada anak kecik2 cenggini tau la. Penat kita dengan penat diorg ni tak sama. So, pakbob bagi diorg rehat sehari kat umah sblm kenduri sebenar hari sabtu. Dari umah pakbob ke kampung nenek makan masa 45 minit ke 1 jam. sampai2 je, mcm biasa MAKAN dulu… Pastu br ada semangat nk buat keje. Tengah buat keje tetiba dpt call. ishh abang ipar aku. malasnya nak jawab dgn darah2 lembu kat tangan nih. looking for mama. maybe call tak dapat2 kot. Petang dalam kol 6.30 gerak balik ke umah pakbob balik. bawa sikit makanan yang dimasak utk mama, anak2 pakbob n adik pakbob.
Sampai kat umah….ehh kek dah 60% dihias tp muka memasing dah macam biskut marie kena rendam ngan air..sbbnya najmi mengamuk2 nak tido tapi x ble tido pastu hakimi mengacau. Main nozzle piping (alat hias kek) letak kat mulut mcm buat trompet. Dapat pulak mangkuk ngan senduk, ni mesti mama bagi sebab tak bagi kacau dia buat keje. Rumah pulak bersepah giler..Kesian plak tengok sume orang. Pastu pakbob pun dalam letih2 tu tolong la jagakan hero2ku itu. Pastu mama ngan adik pakbob settlekan kek tu. Pakbob lupa plak bawa kamera nak ambik gambar kek tu bila dah siap. Mama never have or attend any cake decoration class. She just surf from internet and cooking books. So, kira ok la kek tu hasilnya.
Esok tu kitorg gerak ke kampung. Kenduri pun mcm biasa. Kebetulan banyak kenduri lak hari tu, so orang tak ramai datang. Apa2 hal tetap meriah. Petang tu, err tak petang sangat la, dalam kol 7 kitorg terpaksa balik ke Pekan sbb diapers najmi tak cukup, asik cirit je. Kesian adik. dah bawak pakar pun tak ok lagik.
Hari Ahad bertolak balik ke Serdang dalam kol 4.30ptg. Malangnya semua jalan macam hampeh. Entah mana datang kete ni sume, dah menyesakkan jalan. JPJ pulak saat2 macam ni la nak buat road-block. terserlah kebodohannya masa tu. Ditambahkan ke’jem’annya dgn kete-keta yang mangkuk-hayun menggunakan lorong kecemasan untuk sampai terus ke depan tanpa halangan. Rasanya nak aja ada kete buruk2 2, 3 ribu pastu langgar je kete2 camni. dia ingat dia sorg ke bayar road tax. hoi! aku pun bayar gak.
Kitorg sampai umah kol SATU PAGI….arghhhh ngantuk, letih, kaki mcm nak cramp sbb kete manual. Pastu angkut sume barang and anak2,tido……leganya dah sampai. Tapi itu la pengalaman paling menyakitkan bukan sahaja anggota dalaman (jantung, hati dan buah pinggang) tapi anggota luaran jugak..esok tu kaki pak bob cramp terus..aadulaaa