Sabtu baru ni, family mama buat kenduri tahlil untuk ibu mertuaku yang telah selamat kembali ke rahmatullah pada 9 Feb 2001. Beliau meninggal 7 tahun yang lampau.
Kenduri tu diadakan lepas maghrib. Di antara menu yang disediakan ialah umbut masak lemak, sambal belacan, cencalok, ikan masin, ulam-ulaman, ayam percik, buah-buahan dan air tembikai laici. Mama start memasak umbut dan kuah ayam percik dalam kol 5 ptg. Pakbob mcm biasa lepas balik keje, tido dulu since arang tak dihidupkan utk panggang ayam.
Kalau ikut mama, bakar je dlm oven, tp Encik Nasron (abg ipar pakbob) nak sangat bakar atas bara. Separuh jalan bakar ayam, pak bob ganti dia pulak sebab dia balik buat air tembikai laici. Umah tak jauh pun tp naik keta la jugak..
Di sbbkan kitorg dok umah sewa je, pastu takde alat pemanggang, abg ipar pak bob menggunakan kretivitinya dengan bakar je atas lantai simen bawah ampaian belakang umah pak bob-guna batu bata..huh susah nak describe location and condition ni. Kapten Faezoh lak, rajin sangat buat puding roti. Bantai la, janji ada org perabihkan.
Waktu ditunggu tiba. Solat maghrib dan Isyak berjemaah diimamkan oleh Al- Fadhil Kapten Wan (biras) dan dibilalkan oleh Sdr. Nasron (abg iparku)…mana pak bob? tukang bentang sejadah je dan backup kot imam/bilal pengsan masa semayang muahuahua.
Selepas solat dan doa selamat, makanan pun dihidangkan, umang ai..i bau semua bercampur baur..sangat menyelerakan…menu kampung, simple tapi sedap… mangsa membaca doa makan, anak buah pak bob berusia 5 tahun..hakimi macam biasa terselit sebelah mama, macam nak makan tp akhirnya main2 dangan nasi ditepeknya nasi tu kat dinding dan lantai umah..hakimi susah betul nak makan sejak akhir-akhir ni, berat badan pun dah makin menurun.
Lebey kurang kol 10.30 atau 2200 (dalam sistem 24 hrs), semua dah settle dan diorg pun beransur balik. Penatnya melayan tetamu, tp itulah umah pak bob, sentiasa dikunjungi kaum keluarga, ipar-duai, kawan-kawan, salesman, peminta sedekah, kucing jahat, rama-rama, semut api, nyamuk, lipan, cakcibor dan lain-lain…tetamu tu rahmat, so, terima je la walaupun penat melayan kerenah setiap tetamu tu.
Kol 11, Pakbob membungkus mana2 makanan yang terlebih utk dibawa ke gelanggang silat di Bangi. Kat sana ada 2 org jurulatih dan 12-15 orang anak murid yang sememangnya akan berasa lapar selepas abis training silat. Sampai sana diorg tertanya2 apakah spesis makanan sayur lemak yang disediakan.
Tetiba Pakbob terdengar budak2 silat tadi berisik sesama sendiri..
A : Eh aku rasa ni rebung la..
B : Bukan la..ni ubi kentang hiris nipis-nipis..
A : Tapi kenapa rasa dia macam isi kelapa?
C : Ha kalau korang nak tau, ini nama dia masak lemak nangka muda
D : Naper tak der biji? Kalau nangka kan ada biji..
E : Entah, tak kiralah apa pun korang bedal je pelan-pelan
Dalam hati Pakbob..generasi sekarang ramai yang dah tak kenal dah sayur Umbut nih Kalau pak bob bgtau itu umbut, sumpah diorg tak tahu..