Hakimie penakut??? Gaya macam gagah, selalu nak lipat adik tp penakut pulak pada benda yang tak bergerak. Ni semua gara2 alat penyedut haba (roof ventilator turbine) kat bumbung belakang umah jiran aku. Mimpi ngeri kimi ni mama dia yang cite. Last few weeks, hakimie terintai-intai kat lubang tingkap dapur kitorang dgn muka yang suspend sambil memegang perisai (polysteren lapik oven mama), manalah tahu benda tu akan menyerang dia. Pastu alat tu berpusing laju secara tiba-tiba, apalagi lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!!! Hakimie lari menjerit-jerit sampai ke ruang makan pastu siap intai dari tepi dinding ke arah dapur. Sekarang ni level penakut dia dah makin naik sbb dia langsung tak nak ke ruang dapur. Ok jugak sbb tak kacau mama masak. Kang tak pasal-pasal kena minyak panas la, kuali panas la, batu lesung la…tp yang tak best dia jadi penakut. Pantang pak bob anak lelaki penakut macam tu. Darah pahlawan mengalir dalam badan anak2 pak bob ni sepatutnya. Semalam lagi teruk, hakimie duduk kat pintu ke bahagian dapur sambil nangis2 sbb nak ikut mama ke dapur tapi takut dengan alat tu. Pastu mama masuk bilik air nak mandi, dia nangis terjerit-jerit sampai muntah-muntah. I think I should do something to pulihkan semangat pahlawan dia huhahuha…Tapi kalau Pakbob ada dia berani jer tunjuk2 kat benda alah tu. Ntahapaapantah budak Kimi nich.