Welcome to Bob the Builder @ Bulldozer

Honored To Become A Fairly King To A Lovely Queen And 2 Charming Prince In My Peaceful Country

Aidiladha, akikah dan banjir…

Posted by kimie in Blog | December 19th, 2007

Macam sedap je tajuk tu. Ok la, sebab raya hari tu pak bob tak sempat nak ucapkan selamat hari raya sbb sibuk melayan baby najmi, so kesempatan ini pak bob ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua lembu-lembu, kambing dan unta yang akan terkorban raya ni. Tak lupa jugak peminat-peminat pak bob yang tak jemu2 melawat blog ni, terima kasih & selamat hari raya jugak. Pak bob tau korang semua teruja nak komen blog pak bob ni kan, tp dah lama tak boleh. Ni semua gara2 peniaga2 pil viagra yang dok sibuk nak jual kat pak bob (SPAM). Untuk tidak mengecilkan hati peniaga2 tu, akhirnya pak bob berjaya disable comment column tu. Puas hati pak bob. Sorang pun tak leh nak komen.

Raya ni sepatutnya kenduri menyambut menantu saudara Geofry akan diadakan di kampung pak bob, pekan pahang. Akikah untuk Najmi pun patutnya dibuat semasa kenduri tu. Tapi disebabkan banjir yang makin teruk kat pahang, kenduri tu pun ditangguhkan. Banjir dah sampai separuh rumah tenggelam, maknanya dari tanah merangkumi tiang rumah membawa ke lantai rumah agak2 sedalam 1.3582 meter. Sekarang diorang tengah tunggu banjir tu surut dan bila banjir tu dah clear nanti baru la buat kenduri tu. Itu pun mungkin dalam bulan February tahun depan, sapa2 free mai la ke teratak usang kami tu.

Blog ini ditulis pada pukul 12:58 malam, Pak Bob pun dah rasa ngantuk kaw kaw ni, esok dah raya, nak masuk tido dah nie, lagipun esok kerja shif pagi, Selamat Hari raya korban, Wasalam


Comments are closed.

Bob the Builder @ Bulldozer is powered by Belajar SEO | Jawatan Kosong | Jobs in Malaysia . Kerja