Welcome to Bob the Builder @ Bulldozer

Honored To Become A Fairly King To A Lovely Queen And 2 Charming Prince In My Peaceful Country

Hari minggu yang lepas

Posted by kimie in Blog | December 31st, 2007

Ni poyo punya cite. Last weekend, aku demam da 2 hari..siap batuk sesema lagi. Masa tu la mama bgtau alang (my SIL) n family would like to spend an evening at my house. Aku kata, dtg la tp x larat nak layan.

So, my wife start prepare some mee berkuah and simple cake. Meanwhile, I need to take care my kiddo. Ahhghh dah la demam, pening tgk diorg punya perangai. In patient (kununnya) I’ve wait for each meal done…nasib baik mama pantas buat keje, so in ±1 hr everything is done. A simple menu but ok la - Mee rebus jawa, kek batik, air limau kasturi.

Nak dijadikan cite, masa kuah mee rebus tu mendidih, mama nak masukkan telur. Kebetulan dia terajin, pecahkan telur and put in a bowl. Tiba-tiba jeng jeng jeng……….kuning telur tu kembar. For me, it is an ordinary phenomenon but to her it is so wierd. Kecoh nak ambik gambar. Anyway, I would like to share with all of u out there, the photo of twin yolk. Da masak selamba je pak bob bedal..

telo.JPG


Arghhh…takut

Posted by kimie in Blog | December 31st, 2007

Hakimie penakut??? Gaya macam gagah, selalu nak lipat adik tp penakut pulak pada benda yang tak bergerak. Ni semua gara2 alat penyedut haba (roof ventilator turbine) kat bumbung belakang umah jiran aku. Mimpi ngeri kimi ni mama dia yang cite. Last few weeks, hakimie terintai-intai kat lubang tingkap dapur kitorang dgn muka yang suspend sambil memegang perisai (polysteren lapik oven mama), manalah tahu benda tu akan menyerang dia. Pastu alat tu berpusing laju secara tiba-tiba, apalagi lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!!! Hakimie lari menjerit-jerit sampai ke ruang makan pastu siap intai dari tepi dinding ke arah dapur. Sekarang ni level penakut dia dah makin naik sbb dia langsung tak nak ke ruang dapur. Ok jugak sbb tak kacau mama masak. Kang tak pasal-pasal kena minyak panas la, kuali panas la, batu lesung la…tp yang tak best dia jadi penakut. Pantang pak bob anak lelaki penakut macam tu. Darah pahlawan mengalir dalam badan anak2 pak bob ni sepatutnya. Semalam lagi teruk, hakimie duduk kat pintu ke bahagian dapur sambil nangis2 sbb nak ikut mama ke dapur tapi takut dengan alat tu. Pastu mama masuk bilik air nak mandi, dia nangis terjerit-jerit sampai muntah-muntah. I think I should do something to pulihkan semangat pahlawan dia huhahuha…Tapi kalau Pakbob ada dia berani jer tunjuk2 kat benda alah tu. Ntahapaapantah budak Kimi nich.

anto.JPG


Aidiladha, akikah dan banjir…

Posted by kimie in Blog | December 19th, 2007

Macam sedap je tajuk tu. Ok la, sebab raya hari tu pak bob tak sempat nak ucapkan selamat hari raya sbb sibuk melayan baby najmi, so kesempatan ini pak bob ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua lembu-lembu, kambing dan unta yang akan terkorban raya ni. Tak lupa jugak peminat-peminat pak bob yang tak jemu2 melawat blog ni, terima kasih & selamat hari raya jugak. Pak bob tau korang semua teruja nak komen blog pak bob ni kan, tp dah lama tak boleh. Ni semua gara2 peniaga2 pil viagra yang dok sibuk nak jual kat pak bob (SPAM). Untuk tidak mengecilkan hati peniaga2 tu, akhirnya pak bob berjaya disable comment column tu. Puas hati pak bob. Sorang pun tak leh nak komen.

Raya ni sepatutnya kenduri menyambut menantu saudara Geofry akan diadakan di kampung pak bob, pekan pahang. Akikah untuk Najmi pun patutnya dibuat semasa kenduri tu. Tapi disebabkan banjir yang makin teruk kat pahang, kenduri tu pun ditangguhkan. Banjir dah sampai separuh rumah tenggelam, maknanya dari tanah merangkumi tiang rumah membawa ke lantai rumah agak2 sedalam 1.3582 meter. Sekarang diorang tengah tunggu banjir tu surut dan bila banjir tu dah clear nanti baru la buat kenduri tu. Itu pun mungkin dalam bulan February tahun depan, sapa2 free mai la ke teratak usang kami tu.

Blog ini ditulis pada pukul 12:58 malam, Pak Bob pun dah rasa ngantuk kaw kaw ni, esok dah raya, nak masuk tido dah nie, lagipun esok kerja shif pagi, Selamat Hari raya korban, Wasalam


Bob the Builder @ Bulldozer is powered by Belajar SEO | Jawatan Kosong | Jobs in Malaysia . Kerja