4.7.07, hmmm ni la pertama kali hakimie menjejakkan kaki ke kedai gunting rambut. Selama ni hakimie mendapat khidmat dari pak andak dia (abg mama kimie). Tp minggu ni pak andak hakimie sibuk n tak sempat nak potong rambut dia. Kesian tengok hakimie tergaru2 sebab rambut dia dah panjang kat bahagian tengkuk.
Sampai kat kedai gunting rambut, mama kimie buka baju dia dulu sbb takut rambut melekat kat baju kalau dia tarik2 kain alas rambut tu. Dia macam tercengang2 masa tukang gunting rambut tu angkat dia naik kerusi yang dilaras tinggi. pastu kain alas dipakaikan. Hakimie ni dah terbiasa bila kain2 besar mcm towel nak dipakaikan, dia mesti angkat 2 tangan dia ke atas untuk mudah dililitkan. so, berkali2 la brader tu turunkan tangan dia untuk balut badan dia dengan kain tu.
Bila rambut dia start digunting, dia macam ok. dok dediam n air liur dia mula la meleleh2 abis kat kain alas tu. pastu dia mula nak pusing2 tgk brader tu buat apa kat tepi dia. berkali2 juga la brader tu betulkan position dia :). Bila dah siap, kain lembap dilapkan ke tengkuk dia. Hakimie diam je, biar je brader tu buat apa pun. Bedak2 leher dia, walaupun sebenarnya dia geli bila leher dia dipegang..