Korg pernah tgk kasut kulit khinzir…?
Hal ni terjadi kat mama kimie. Inilah masalahnya bila pengurusan shopping mall tak concern pasal benda2 ni sume. Kasut ni mama kimie beli di Jusco, Taman Equine. Brand Giamax. Masa tu tgh sale dan memang kepantangan mama kimie tak merayau habis satu bangunan tu walaupun tak beli apa2. Best tak kalau ikut pompuan shopping, huh?
Masa beli tu tak de la belek habis sbb kitorg dah penat jalan. So, dia just pick and pay. Pastu dia pakai dalam 2 hari la. Entah camana masa duduk kat opis baru (oooo dia dah berenti dari sony), bosan punya pasal mama kimie tergerak hati nak tgk bahagian dalam kasut tu. Belek punya belek, ‘Ha, dot tiga…!!!’ Balik umah terus dia campak kasut tu. Pastu ingat nak komplen kat Jusco, tp resit dah terbuang….biar je la..
Nasihat Pak bob, kalau korg nak beli kasut, jgn tgk luar je, bahagian dalam kasut tu pun kena peksa. Ada sesetengah brand je yg Pak bob pernah nampak diorg letak indication Pig skin, mcm Hush Puppies ke..tp tu la, tak semua..