28/3/07, Hakimie genap setahun 10 bulan. Hari tu jugak hakimie telah menunjukkan kemampuan dia untuk berjalan. 2 kali sebelum ni tersungkur sampai berdarah bibir…sekali kat rumah Pak Teh kimie kat Mentakab, sekali kat umah aku seminggu sebelum tarikh nih..Alhamdulillah berjalan juga akhirnya. Aku rasa macam nak tayang je kat mak cik sebelah umah ayah mertua aku yang hakimie boleh jalan dah. Mak cik ni aku hangin sikit..semua yang bagus-bagus tu la anak cucu dia. Bosan aku..
Hakimie dah pergi jumpa pakar awal bulan 3 ari tu. So, perlukah aku membawa dia rawatan terapi yang telah di refer doktor pakar kat klinik tu ke Hospital Serdang..? Emmm tak yah kot. Sebab doktor tu dah check semua fine motor and gross motor hakimie ok je. Tak de major problem. Cuma reference tu untuk courage dia berjalan je..
Aku dah boleh berjalan muahuahua…..!!!!