Jumaat lepas, 9/3/07, aku ngan mama kimie plan nak balik kpg awal. So, hari tu kitorg gi Klinik Mesra untuk dapatkan MC. Aku tak ikut sama, tunggu dalam keta sbb aku confident kepakaran mama kimie ‘mengauta’ doktor kat situ.
Tak lama lepas tu mama kimie selesai dengan muka tersengeh-sengeh.
Apahal pulak mak cik ni, aku tak tanya apa2 pun. Cuma aku tanya, dapat tak MC.
Dia kata, dapat. Pastu dia senyap balik then continue.
“Bang, dokte kata saya pregnant 6 minggu!”
“Waaa, ye ke? Tak lama lagi kimie jadi abang la”
Seronok betul aku bila dengar..
Last week ada beberapa dialog yang aku suspect mama kimie pregnant:
- minggu ni saya malas sangat-sangat
- penat la minggu ni. tetiap hari saya nak tido awal
- baju tu dah 3 longgok. malas nak lipat. lantak la situ
- x yah masak la hari ni. Kita call mcD je..saya penat
- Sy lapar lagi la. (Makan nasi kul 11.30 mlm walaupun ptg tu dah mkn burger)
- Berat badan saya naik lagi….arghh tensen (membebel sambil kunyah roti lagi)
Ni gambar scan yang dibuat hari tu
![]()
dalam bulatan merah tu lah kedudukan baby kami:
Panjang :22mm
week : 6wk
EDD : 2 Nov 07