Welcome to Bob the Builder @ Bulldozer

Honored To Become A Fairly King To A Lovely Queen And 2 Charming Prince In My Peaceful Country

Tragedi petang Isnin

Posted by kimie in Blog | February 13th, 2007

Semalam, dalam kul 7.50 mlm aku tertidur jap sementara tunggu kimie selesai mandi ngan mama dia. Tengah sedap melayan mimpi, tup tup mama kimie terjerit2 dari pintu sambil memegang gayong berisi air..ahh apahal pulak ni…

Dia menggigil2 bagitau rumah nak terbakar…aku yg terkejut dari terjaga, terus bangun nampak asap penuh kat luar bilik…aku tanya apa yg terbakar. “Langsir dapur”…

Aku suruh mama kimie duduk dulu atas katil sbb dia menggigil satu badan. Aku ambik gayong kat tangan dia ngan ambik hakimi yg dok kat tepi dry kitchen kitorg. Dia kuar sendiri dari bilik air cari mama dia. Aku tengok atas dapur basah dengan air, langsir terbakar, pastu ada periuk dah hangus.

Aku tanya mama kimie, camana blh jadi..

‘Saya panaskan minyak + halia (Ubat yang diambil dari Ust.Hashim untuk hakimie). Pastu saya ambik towel saya ngan kimie, nak mandikan la. Pastu tetiba saya terbau benda hangit..baru saya teringat minyak yang saya panaskan atas dapur. Saya rush keluar. Masa tu tgh cuci muka. So, mata pedih2 sy nampak api dalam periuk tu. Saya matikan gas pastu cabut kepala gas. Saya panik, saya jerit abang tp tak bangun2. Saya ambik la air, saya simbah terus dalam periuk tu. Api naik tinggi rumah terus sambar langsir. Saya dah takut..ambik lagi air sbb langsir yang terbakar tu bertepek kat tepi syiling. Nasib baik padam’

Perghh, kalau tunggu aku, entah la.

Kat bawah ni gambar selepas kejadian tersebut. Camana nak bg tau tuan rumah?!!!

2-adam2.JPG
Ni la periuk yg terbakar tuh

2-adam.JPG
Langsir yg dah terputus dua…tepi dinding tu kesan terbakar

2-adam1.JPG
Siling rumah terbakar sikit..

Kul 1 pagi aku terjaga…’kenapa tak tido’ <’tak leh tido, pejam2 nampak api’>


Leave a Reply

Bob the Builder @ Bulldozer is powered by Belajar SEO | Jawatan Kosong | Jobs in Malaysia . Kerja