Balik dari nursery semalam, mama kimie cite ibu hakimie (pengasuh dia) bagitau yang dia gigit tangan sorang budak kat situ. Gara2 berebut mainan. Budak tu melalak ngan jarinya berlekuk kesan gigitan hakimie. Umur budak tu setahun 2 bln. Kecik sikit dari dia.
Sapa ajar nih? Bulan lepas dia bergaduh dengan anak kakak ipar aku. Umur 6 tahun. Tapi kali ni sebab berebut buku. Masalahnya buku tu memang anak buah aku punya. Buku sekolah dia. Pastu dengar pulak dia jerit…’Achik (nama gelaran mama kimie), air liur hakimie jatuh atas buku kakak. Habis basah’ Ini lagi satu masalah. Hakimie sampai sekarang (1thn 8 bln) air liur dia asyik meleleh je. Baju dia semua bertaik lalat terutamanya bahagian leher baju sbb takung air liur dia.
Apa yang hakimie blh buat pada umur sekarang (1 year and 8 mths):
1. Menaikkan jari telunjuk (macam style org warning tu) lepas tu cakap ‘ lel…lel…lel.’ Aku pun x tau apa makna dia..
2. Suka tengok orang azan kat tv.
3. Baca doa makan version dia
4. Berjalan bila dia ada mood (2/3 langkah je)
5. Turun naik katil dengan selamba sambil menyanyi2
6. Blh tunjuk - ears, nose, tongue, teeth, (pusat)navel (campur bahasa melayu ngan inggeris)
7. Bila mama dia nyanyi lagu twinkle2 little star, dia akan goyang2kan badan ngan tangan macam buat bentuk twinkle.
8..opss lupa, pandai gaduh walaupun x boleh nak lari selamatkan diri
9. Menangis2 nak ikut bila tgk mama dia pakai tudung.tapi bila aku bersiap, dia buat tak reti je
10. Pandai salam cium tangan tp tinggalkan sikit DNA (air liur) kat tangan orang tu
11. Menangis sampai terberak2 bila dia rasa kena tinggal sorang2 terutamanya bila orang masuk bilik air/bilik tidur pastu tutup pintu
12. Bila berus gigi, dia akan gigit berus gigi tu. (Dia pakai berus gigi baby yang kita sarungkan kat jari pastu berus la gigi baby)
13. Bila kita tengah surf internet, dia datang dan terus duduk bersila atas kibod sambil menjilat2 skrin monitor.
Tu je kot..nnt kalau ingat aku tambah lagiÂ