Welcome to Bob the Builder @ Bulldozer

Honored To Become A Fairly King To A Lovely Queen And 2 Charming Prince In My Peaceful Country

Chef Hakimie di dapur

Posted by kimie in Blog | February 20th, 2007

‘Hi! Selamat pagi penonton semua. Bertemu kita sekali lagi dalam rancangan ‘Wok with Chef Hakimie’. Ha, sapa2 yang tak tau nak masak apa cuti-cuti nih, blh la cuba resepi cepat dan mudah yg akan sy tunjukkan sekejap lagi’

‘Ha akak-akak dah sedia pen ke belum..kang sy dah start baru tercari2 pen mana, kertas mana. Ok, bahan2nya…1 kg @%^&#(, 500g ($*&#^$, 3 ulas ?”$)##*%, secubit ?<^$&%. Ha, puan2 masuk je semua dalam blender pastu blend.. Sapa2 yang rajin macam saya nih blh la tumbuk guna lesung batu’.

Posing jap
kim-dapo.JPG
Ok, puan-puan lepas tu kita masukkan adunan tadi dalam oven, suhu berapa pun blh..dan masak la ikut suka. Kalau nak lama, biar la lama..kot malas nak tunggu lelama masuk je dalam oven, bila adunan dah suam2 kuku, angkat je….

kim-dapo-2.JPG
Inilah hasilnya…nampak sedapkan…

Okla semua. Salam kasih sayang dari kak nita…ehh dari Chef Hakimie untuk anda semua.

Jumpa lagi di hari dan waktu yang sama..bye…umphhhh


Hakimie gigit tangan kawan dia….!

Posted by kimie in Blog | February 13th, 2007

Balik dari nursery semalam, mama kimie cite ibu hakimie (pengasuh dia) bagitau yang dia gigit tangan sorang budak kat situ. Gara2 berebut mainan. Budak tu melalak ngan jarinya berlekuk kesan gigitan hakimie. Umur budak tu setahun 2 bln. Kecik sikit dari dia.

Sapa ajar nih? Bulan lepas dia bergaduh dengan anak kakak ipar aku. Umur 6 tahun. Tapi kali ni sebab berebut buku. Masalahnya buku tu memang anak buah aku punya. Buku sekolah dia. Pastu dengar pulak dia jerit…’Achik (nama gelaran mama kimie), air liur hakimie jatuh atas buku kakak. Habis basah’ Ini lagi satu masalah. Hakimie sampai sekarang (1thn 8 bln) air liur dia asyik meleleh je. Baju dia semua bertaik lalat terutamanya bahagian leher baju sbb takung air liur dia.

Apa yang hakimie blh buat pada umur sekarang (1 year and 8 mths):

1. Menaikkan jari telunjuk (macam style org warning tu) lepas tu cakap ‘ lel…lel…lel.’ Aku pun x tau apa makna dia..

2. Suka tengok orang azan kat tv.

3. Baca doa makan version dia

4. Berjalan bila dia ada mood (2/3 langkah je)

5. Turun naik katil dengan selamba sambil menyanyi2

6. Blh tunjuk - ears, nose, tongue, teeth, (pusat)navel (campur bahasa melayu ngan inggeris)

7. Bila mama dia nyanyi lagu twinkle2 little star, dia akan goyang2kan badan ngan tangan macam buat bentuk twinkle.

8..opss lupa, pandai gaduh walaupun x boleh nak lari selamatkan diri

9. Menangis2 nak ikut bila tgk mama dia pakai tudung.tapi bila aku bersiap, dia buat tak reti je

10. Pandai salam cium tangan tp tinggalkan sikit DNA (air liur) kat tangan orang tu

11. Menangis sampai terberak2 bila dia rasa kena tinggal sorang2 terutamanya bila orang masuk bilik air/bilik tidur pastu tutup pintu

12. Bila berus gigi, dia akan gigit berus gigi tu. (Dia pakai berus gigi baby yang kita sarungkan kat jari pastu berus la gigi baby)

13. Bila kita tengah surf internet, dia datang dan terus duduk bersila atas kibod sambil menjilat2 skrin monitor.

Tu je kot..nnt kalau ingat aku tambah lagi 

jari2.jpg


Tragedi petang Isnin

Posted by kimie in Blog | February 13th, 2007

Semalam, dalam kul 7.50 mlm aku tertidur jap sementara tunggu kimie selesai mandi ngan mama dia. Tengah sedap melayan mimpi, tup tup mama kimie terjerit2 dari pintu sambil memegang gayong berisi air..ahh apahal pulak ni…

Dia menggigil2 bagitau rumah nak terbakar…aku yg terkejut dari terjaga, terus bangun nampak asap penuh kat luar bilik…aku tanya apa yg terbakar. “Langsir dapur”…

Aku suruh mama kimie duduk dulu atas katil sbb dia menggigil satu badan. Aku ambik gayong kat tangan dia ngan ambik hakimi yg dok kat tepi dry kitchen kitorg. Dia kuar sendiri dari bilik air cari mama dia. Aku tengok atas dapur basah dengan air, langsir terbakar, pastu ada periuk dah hangus.

Aku tanya mama kimie, camana blh jadi..

‘Saya panaskan minyak + halia (Ubat yang diambil dari Ust.Hashim untuk hakimie). Pastu saya ambik towel saya ngan kimie, nak mandikan la. Pastu tetiba saya terbau benda hangit..baru saya teringat minyak yang saya panaskan atas dapur. Saya rush keluar. Masa tu tgh cuci muka. So, mata pedih2 sy nampak api dalam periuk tu. Saya matikan gas pastu cabut kepala gas. Saya panik, saya jerit abang tp tak bangun2. Saya ambik la air, saya simbah terus dalam periuk tu. Api naik tinggi rumah terus sambar langsir. Saya dah takut..ambik lagi air sbb langsir yang terbakar tu bertepek kat tepi syiling. Nasib baik padam’

Perghh, kalau tunggu aku, entah la.

Kat bawah ni gambar selepas kejadian tersebut. Camana nak bg tau tuan rumah?!!!

2-adam2.JPG
Ni la periuk yg terbakar tuh

2-adam.JPG
Langsir yg dah terputus dua…tepi dinding tu kesan terbakar

2-adam1.JPG
Siling rumah terbakar sikit..

Kul 1 pagi aku terjaga…’kenapa tak tido’ <’tak leh tido, pejam2 nampak api’>


Bob the Builder @ Bulldozer is powered by Belajar SEO | Jawatan Kosong | Jobs in Malaysia . Kerja