Welcome to Bob the Builder @ Bulldozer

Honored To Become A Fairly King To A Lovely Queen And 2 Charming Prince In My Peaceful Country

Sejam di dusun buah-buahan UPM

Posted by kimie in Blog | January 27th, 2007

14 Jan 07, pepagi Ahad aku ngan family nak gi breakfast kat luar..tgh panas enjin keta, Along (kakak ipar aku) seisi keluarga sampai depan pagar rumah kitorg. Dari dia la kitorg dpt tau UPM buat jualan dusun ..Aku tgk mama kimie excited gila..ye la org tak de dusun…Sbbkan kesian and to enjoy the limited time with my family (sbb aku kena gi keje kol 3ptg), aku pun ajak la pegi lepas kitorg sarapan..

Sampai kat dusun UPM, punya la ramai org..kitorg pun ambik plastik yg disediakan kat situ..Hakimie duduk dalam troli pasar and kitorg start sorong dia sampai naik atas bukit. Pastu ada pak cik bawa trektar (mcm lori pick-up la rupa dia), jerit bagitau kot sesapa nak ambik pulasan, naik trektar dia..kitorg pun join la…seronok la jugak sbb aku x penah naik menatang tu..Ada 2/3 family lagi join sekali..sampai kawasan pulasan, kitorg diturunkan..bermula la aksi panjat memanjat, kutip mengutip…mcm dusun aku pulak..hakimi yg x reti jln lagi duduk kat tepi plastik buah yg kitorg kumpul..mama dia masukkan dlm plastik, dia kluarkan dari plastik..

Lepas hampir 1jam kami di situ, dpt la 2 beg plastik besar buah pulasan..perghhh manis bangat rasanya..nak turun balik, kitorg pun tunggu la pak cik tadi yg janji nak naik balik…

At last, kitorg menapak sendiri…nasib baik turun bukit. Ada la sejauh 1km..dekat je tp mengah la jugak aku dibuatnya. Sampai kat bawah (tempat kitorg ambik plastik tadi), kitorg timbang la kat situ..12 kilo. Ok la kan, sekilo singgit.

Hakimi sampai rumah je terus pengsan gara2 mama dia dera berjalan meredah semak2 kat situ…penat kot tp dia relaks siap gelak2 lagi masa sorong troli kat dusun tu tadi.

Kul 2.30 ptg, aku gerak gi keje. Singkatnya masa aku ngan family kan. Tp x pe cik bob perlu mencari rezeki, untuk diorg gak…kikiki

pic00100.JPG

Camana nak makan ni abah..?!! emm alahai anak aku

pic00101.JPG

Possing maut aku…hakimi buat apa tu?

Sorry la gambar blurr


Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

Bob the Builder @ Bulldozer is powered by Belajar SEO | Jawatan Kosong | Jobs in Malaysia . Kerja