Welcome to Bob the Builder @ Bulldozer

Honored To Become A Fairly King To A Lovely Queen And 2 Charming Prince In My Peaceful Country

3 tren kandas di terowong

Posted by bob in Blog | July 25th, 2006

KUALA LUMPUR: Kira-kira 1,000 penumpang tiga tren transit aliran ringan (LRT) terperangkap apabila tren dihentikan secara tiba-tiba kerana masalah teknikal mengakibatkan dua daripadanya terkandas di terowong berhampiran Masjid Jamek dan Dang Wangi, petang semalam.lagi..

Pengurus Kanan Korporat Rapid KL, Katherine Chew, berkata masalah teknikal itu berlaku apabila satu tren dikesan hilang daripada skrin komputer menyebabkan pihaknya terpaksa menghentikan serta merta tren bagi mengelakkan kejadian lebih buruk.

Keterangan:
Pergerakan kesemua train2 lrt boleh dilihat di dalam skrin komputer yang terdapat di bahagian Control Center. Hanya Control executive yang boleh melihat dan mengawal train2 tersebut. Keadaan ini samalah seperti kita bermain game RED Alert, atau game Starcraft atau World of warcraft, yang mana kita akan mengawal kesemua pergerakan ahli2 dalam kumpulan kita. Di dalam situasi di atas, jika didapati salah satu train hilang dari skrin komputer bermakna tren tersebut telah terputus hubungan dengan kontrol center. Control center tidak dapat mengesan kedudukan train ini dan sama ada ia sedang bergerak atau sedang berhenti. Ada juga kemungkinan train itu telah di ‘take over’ oleh hackers yang jahat seperti Kyo, pakwan, apis, Zeo, TJ, aboi, pac dan sebagainya. Itulah sebabnya Control center terpaksa menghentikan operasi train yang berada di hadapan dan di belakang train itu, (3 train). Sorry buat TJ yang merupakan pelanggan tetap lrt ini. Aku tak dapat bayangkan camana rupa TJ yang membawa laptop dalam keadaan berpeluh2. Kalau hari biasa pun berserabai, nie kalau dia ada dalam train yang terkandas tu, tak taula camana rupa dia ..


Leave a Reply

Bob the Builder @ Bulldozer is powered by Belajar SEO | Jawatan Kosong | Jobs in Malaysia . Kerja